Assalamualaikum ;) malam ni malam nisfu sya'aban, so, banyakkan lah bace Yassin and banyakkan berdoa. mintaklah taubat dan cuba perbaiki diri, dan mohonlah ampun kepada Allah swt. sbg manusia, mmg kita tak pernah tak silap dalam hidup. bulan ni mmg patut untuk kita muhasabah diri and ubah sikap kita, dan jugak untuk kita hapuskan dosa dosa kita.
meh sini aku nak gtau ape yg shok dalam bulan Syaaban nih ;
- bulan yang paling Rasulullah paling banyak beribadat dan paling disayangi baginda. baginda bersembahyang sepanjang malam nisfu syaaban dan bersujud dengan waktu yang lama sehingga Siti Aisyah menyangka sudah tercabut roh baginda.
- elok untuk kita berpuasa ada hari nisfu syaaban, banyak faedah tau dak. diharamkan api neraka dari tubuh kita. pastu kita boleh jadik teman Nabi Allah Yusuf as. best tak? bestt takkk?
- kalau puasa tiga hari dalam bulan syaaban pun sama. then, bila puasa khamis awal dan akhir bulan syaaban, dimasukkan kita kedalam syurga ;D so, banyakkan puasa sunat okayy T_T
- then, orang yg complete puasa dia sepanjang bulan ini, akan dipermudahkan Allah atasnya sakratulmaut dan terlepas dia drpd kegelapan kubur, ditutup Allah akan keaibannya pada hari Qiamat, dilepaskannya drpd huru hara munkar nakir, dan diwajibkan syurga kepadanya
- malam nisfu syaaban ni la Allah menilik makhluknya dan mengampunkan dosa bg yang memohon. Subhanallah, jom la kita sama sama doakan keampunan ;)
- malam ni eloklah kalau kita berjaga dan terus beribadah serta memohon taubat dan keampunan. malam ni Allah akan mengkabulkan segala doa makhluknya. kecuali orang orang yang SYIRIK dan tidak bertutur sesama saudara Islamnya.
- Allah tidak mengampunkan dosa orang yang ;
- kekal minum arak
- derhaka kedua ibu bapa
- kekal dalam zina
- banyak berkelahi
- memperlakukan kelahi - batu api
- Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari sifat kat atas T_T
- sesiapa yg sembahyang pada malam nisfu syaaban ini, terlebih afdal drpd ibadatnya 400 tahun
- pada malam ini pintu rahmat terbuka luas sampai terbit fajar. pohonlah rezeki kepada Allah. yakni dikurniakan bercurah rezeki kepadanya.
- banyakkanlah berzikir kepada Rasulullah SAW ;)
itu je yg aku larat type, banyak lagi sebenarnya. mmg seronok dan patut bersyukur bila kita boleh jumpa malam ni. so, banyakkan ibadah korang malam ni, and jangan lupa puasa esok. mintak ampun banyak banyak tahuuu. sape yang baca entry ni pada 17 Julai 2011, dan tak sempat puasa, puasa la pada hari yg sesuai untuk puasa sunat. dan yg terlepas malam nisfu syaaban, berdoalah supaya tahun depan masih berkesempatan untuk berjumpa malam ini ;)
* sesiapa yg memberitahu sekalian saudaranya tentang kedatangan bulan ini,
diharamkan baginya api neraka, insyaAllah T_T
* sedangkan Rasulullah beribadat sepanjang malam untuk memohon keampunan,
apa lagi kita manusia biasa. Subhanallah

4 comments:
sob sob...
syamu, imy a lott ;)
mariyyy berpuasa! :D heeee.counting days to get back to jitra!imy :')
great, nnt kita bukak posa same same okay :D
Post a Comment