February 13, 2013

Hey Soul Sister.



Assalamualaikum. Janji pasal update untuk tour around SMJ kena KIV-kan dulu sebab gambar berterabuq sangat. sekarang ni, jam0129 pagi jam Malaysia pada tarikh 13Feb 2013. skema habissss. hahah. aku mula menaip time ni. Oleh sebab skang ni penganggur berjaya, waktu waktu malam begini aku jadi Batman. kau boleh? hahaha. just kidding ;) kadang kadang jam empat pagi baru lena. ehh, patutlah gemuk bertan tan lemak. menurut kajian, kalau seseorang tu kurang tidur, dia akan mudah naik berat badan and akan makan banyak daripada biasa keesokan harinya. tewwwww ayat bukuuu. HAHA -,- Aku tengah tengok balik gambaq dalam tab aku. then keluaq gambaq masa aku dengan pah pi menega kat sekolah. hemmm, sweet jugak la. * krik krik krik.


So that, aku nak buat entry khas untuk bucuk masham aku ni *ewww*. hahah. oleh sebab dia pernah update pasal aku kann. macam dah lama sangat ja entry tu. hahaha. gambaq ni pun macam dah bersawang jaa. kihkih. so, here we go. please say hello to my so-called-soul-sister. *ehem



The story started once upon a time. phuiiii. hahah. Sebenaqnya aku kenai kak pah kita ni sejak sekolah rendah g. masa darjah lima kami start satu kelas gitu. tapi time tu masing masing punya hal la. hahaha. lepastu masuk SMJ sama sama. still tak kawan sangat la. hahaha. masa form2 boleh kata rajin teguq teguq jugak. form3 rasanya macam tak penah jumpa. hahah. tak ingat langsung kenangan bersama masa form3. *tehee*. masa form4 kami dijodohkan satu kelas. hikhik. time ni pun takdaklah rapat sangat. time form 5 lah mula ceritanya. tu pun sebab terpaksa kawan sebab kami dua pindah kelas yang sama. tktau plak nak melekat sampai skang. yang aku ingat, kami cuma penah gaduh sekali. sebab homework chemistry, itu pun masa form5 dulu. HAHA. pah sila gelakkkk skang.

Like seriously, aku memang tak pernah sangka nak jadi ala ala belangkas gitu. tapi takla sampai extreme gitu. masa form5 memang sengap teruk dalam kelas. apa apa pun kira dua orang ja. then bila dah kenal kawan kawan baru. haa, time ni baru nak bunyi skit. masuk form 6 plak, semua hat kenai pakat kuaq, tera nak kenai kawan baru, jadi balik, duk dua orang. Suhaimi kata tak reti berdunia -,- haa, lama sikit kenai dengan kawan baru, siap tubuh geng kelip gitu. hahaha. ambik kau, tak berdunia sangat. siap icah garam belacan dalam kelas.

back to the topik. lepas habis sekolah ni pun kitorang still contact each other. Pah mai umah aku lepak, tolong buat kek. tolong basuh pinggan. mop lantai sidai kain lipat kain basuh kain basuh keta cat rumah sapu lantai.  masa zaman lower six lagi, kami sanggup balik lewat sebab stalk orang sama sama. mai upper six berani lagi, siap ajak cikgu stalk sekali. antaranya cikgu farizan dengan cikgu salma. hahah. balik sekolah memang dia balik ngan aku. kadang kadang aku lepak rumah dia sat. dia ada abang ooo. haha. eh, dakdak KakAin, lawak ja. HAHAHAHA. kadang kadang dia mai umah aku terus, sampai petang baru balik rumah dia.. dengan  baju sekolah tu la sampai kepetang kalau tak singgah umah dia tukaq baju dulu.

Taktau nak kata, bila dengan dia rasa bebas gila. nak buat apa pun tak kisah. eh, bukan apa apakan dia k. ehemmm. bukan lesbian. tettttt. bila dengan dia lebih epic setiap apa yang terjadi. neahh, ayat buku lagi sedas. kalau chatting, kami bole chat kat IM, tweet tweet, DM, komen sekaligus dalam masa yang sama. AND cerita lain lain. aku taktau macam mana kami dapat superpower camtu. HAHAH. hiperbolaaaaa~ kadang kadang ponteng sekolah pun berpakat. pagi pagi buta message tnya nak pi dak. ada sekali aku penah dah siap, tuptup dia mesej takpi. terus buang baju sekolah aku. haaa, over tak aku? hahah. rahsia apa la dia taktau pasal aku. ceyyy ayat bajet bestfren habis habisan. phuiiii.

perasaan ceria yang tak dapat digambarkan masa masuk toilet baru kat SMJ 

beraninya hang masuk kawasan larangan. fuhhh fuhhhh = . . =

oleh sebab dia takda dalam gambar di atas.......

saya anak SMJ. dari kecik sampai tua bangka begini -,-

dia kata dia suka gambar ni. even muka aku buruk, aku letak weh, demi hangggg *pangggggggg*



tak pernah takdak gambaq dalam kereta kalau pi mana mana. haihhh -,-

ijazah katanya. emm okayy. seems legit. maybe. brrrrrrr.

time ni tiba tiba kami terasa mak aku cakap pasal kami kat student dia. ehhh :3

A circle is round, it has no end. 
thats how long I want to be your friend :)

You can be the peanut butter to my jelly

You can be the butterflies I feel in my belly

You can be the tear that I cry if we ever split

You can be the rain from the cloud when it's stormin'

you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be 
Without you 'cause girl you complete me

And in time I know that we'll both see 
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie 

You're the straw to my berry

You're the smoke to my high 

And we're the perfect two 

You mean like thiss?




That was what a best friend did 
hold up a mirror and show you your heart


* banyak sangat entry tertunda. semua dah lewat sangat. basi habih dah.
* 11022012 was awesome. miss you guys already.
* sekarang jam 0305. macam biasa, cepat ammused dengan benda lain masa tulis belog.


February 1, 2013

Kellie's Castle. Seram ke tidokkk.


Assalamualaikum murid murid semua. Hari ni kita belajar sejarah okeh? buleh ke tidokkk? ahahha. serius ni. jangan main main dengan cikgu, puk satg haaa. hihi. jk. okayy, kita belajaq pasal Kellie's Castle. tapi takmau cerita banyaklah. satg terpesong habis murid murid ye. okay, lets begin the class.



Act, bangunan ni bukannya nak dijadikan istana pun. Just banglo untuk femily. Pakcik Kellie atau nama ic dia William Kellie Smith. kalau tak silap Kellie tu sempena nama mak dia yang meninggal. Pakcik Kellie ni pengusaha ladang getah berjaya gituu. kira dia ni the best la kat kinta tu. Kellie's Castle ni di bina sebab nak tunjukkan lambang cinta dia kat wife dia. Ala ala Taj Mahal gitewww, tapi versi omputeh la. tapi Taj Mahal tu siap, cantik kemain, indah mata memandang. Castle pakcik Kellie ni tak sempat siap pun, dia meninggal mengejut rasanya. banyak versi pasal kematian pakcik Kellie ni. ada yang kata kena bunuh, ada yang kata sebab sakit. Wallahualam. 

Si bini pakcik Kellie ni dok bersungut rumah lama depa ( Kellas House) tu panas la bla bla bla. so oleh sebab pakcik Kellie ni sayang sangat kat wife dia, dia pun ambik tindakan buat banglo sebegitu rupa. macam perli pun ada. ambik ko, besarrrr punya aku buat, panas lagi taktau la nak kata apa. Si bini tu taktau ka Malaya ni memang panas. nak sejuk pi balik kampung dia laa. sakit pulak hati aku ni. hahaha. tapi pakcik Kellie sayang wife dia. so sweet. kann? 

Kellie's castle ni ambik masa lebih kurang 10 tahun untuk di bina sebab banyak sangat halangan. Masalah kewangan la, penyakit la, bahan mentah tak sampai la. Seni bina dia berdasarkan bangunan bangunan kat india nuh. aku taktau kenapa citarasa pakcik Kellie ni berasaskan india. pekerja pun di import from india you knowww. Kellie's Castle ni tak guna paku, besi, mesin mesin, bekho, piling, traktor blabla. hahah. so, ni baru betul betul handmade punyaa. simen takdak lagi time tu, so depa guna teluq putih campuq madu campuq gula merah. haaa, kalau zaman sekarang tu sebenaqnya resepi kek la. yang herannya tak bersemut pulak bangunan tu kan. err -,- 

Kalau ikutkan plan asalnya, Kellie's Castle ni ada 14 bilik and fungsi yang berbeza untuk setiap bilik. siap ada bilik tetamu u olls. tak ketinggalan ada tiga laluan rahsia blabla. koridor yang cantik gila. and konsep pengudaraan untuk mengatasi masalah bini dia yang ibarat cacing kepanasan tu -,- and kalau sempat lif dipasang kat rumah pakcik Kellie ni, Kellie's Castle ni merupakan bangunan first sekali yang ada lif kat bumi Malaya ni. hebakk ke tidokkk. tapi nak buat cena. lepas pakcik Kelli ni meninggal, isteri dia jual semua tanah termasuk banglo yang tak sempat siap ni. pehh, tak kenang jasa langsung ahhh makcik. Punya banyak halangan yang direntasi Pakcik Kellie tu, makcik bole jual cemtu ja. maybe ada lah alasan dia kan. kita taktau. memang tak siap langsung Kellie's Castle ni. lepas dijual, orang yang beli tu pun tak berminat nak teruskan pembinaan. alaaa sedihnyaa. soo terbiarlah bangunan tu cemtu ja dalam hutan getah tu. 


berkenaan misteri Kellie's Castle pulak. ramai jugak pengunjung yang admit pernah nampak kelibat Pakcik Kellie ni kat koridor misteri tu, kononnya melawat rumah dia. derrrr, dah takdak alasan lain ka apa. what if aku cakap dia datang balik sebab nak orang siasat pasal kematian dia betul betul, so takda la macam macam versi cerita pasal dia. kontroversi noksss. stress pakcik Kellie tauu. and ada yang nampak anak dia si Helen kat bilik anak dia tu. haaa, cuak tak cuak takk? kalau korang nampak apa korang nak buat? kalau aku? langkah seribu.. kakiku..... * nyanyi irama patah seribu k.




haaa, tu ja aku rajin nak sinopsiskan. kalau cenggini aku jawab paper sejarah time stpm, tak syak lagi aku dapat a bintang bak kata ciktu. kihkih. ok, yang lain korang bole refer kat sini. memang lengkap gila cerita dia. http://harithsidek.blogspot.com/2012/07/mengungkap-sejarah-serta-misteri-istana.html. alahh, apa salahnya baca sat. nanti bole hampa buat pala tau kat kawan kawan kan. bajet konfiden je nak story, siap buat gaya tangan begitu begini. haha. sebab aku pun camtu. kemain panjang aku tulis kata atas tu sebab aku baca dari sini ja. kihkih. done about the fact, sooo, yeahh. sila lihat gambar gua kat sana. mihmih.

Sebenaqnya, aku sampai ke sini tak rancang pun. mula mula aku dengan mama ronda highway ja. macam biasa, dah memang rutin. tiba tiba mama snap her finger and mentol keluar menyala means she got an idea. ehh taktak. hiperbolanyaaaa. hahah. mama ajak pi jalan terus. alaaaa, mama buat lagi. hahah.. baju satu apa pun memang takdak lah. tapi ada shoknya, baju baru lagiiiii. hahahahah. berus gigi, syampu blabla memang takdak. yang penting solution and lense case pun takdak. kihkih. so, Tesco Seberang Jaya jadi mangsa. singgah kejap situ, beli apa patut. yang tak patut pun ada jugak. kesahhhhh. hahahah. tujuan utama nak pi tempt biasa. Teluk Batik. LAGI SEKALI. baru sebulan lepas pi, mama ajak pi lagi. hahah. tapi sampai sana dah malam. around 9.30 malam centu. sebab menyinggah rata. check in kat Marina Cove, then keluaq ronda lagi. even dah malam buta, kihkih. 

the morning view from the room's balcony.



Teluk Batik. time gini pun dah penuh orang mandi

so, the adventure begins. acewahhhh. hahah. mula mula pergi Bandar Sri Iskandar. just chillin'. nothing much, cari makan blabla. then heading to Ipoh. act memang teringin sangat nak pi lepas tengok Pah pi Kellie's Castle ni. pujuk mama ajak pi. ( even aku yang drive still pujuk mama, mithali tke tidokkk ). and jyeahhhh! here we are. even pusing kepala aku drive kat Pusing tu. masa mula mula nampak signboard tempat nama Pusing, aku gelak teruk and wonder kenapa nama dia Pusing. bila sampai kat situ, aku admit, memang pusing. hahahaahah. 

Lets gooooooo bebeh :)

1. mula mula kena ambik gambaq kat sini dulu. 

2. lepas beli tiket kena seberang sungai ni. sepatutnya kena berenang.

3. rasa kat sini cantik, sila pose dulu.

4. nampak canik lagi, bole guna model lain pulak

5. naik tangga sikit. bole pose jugak kalau rasa perlu

6. langkah setapak dua, berhenti. ambik gambar kat sini dulu

7. masuk sikit dalam bangunan boleh pose lagi.

8. koridor bawah. bole pose ala ala pwincessss.

9. rasa tak puas hati pose tadi, bole pose lagi sekali.

10. bole jugak suruh mak kita jadi model untuk pose 

11. beralih tempat lain pulak. maybe ni ruang tamu. bole pose jugak kalau perlu

12. dah nak keluar rumah pun boleh jugak ambil gambar. 

13. ada kesempatan sila bergambar dengan Pakcik Kellie.

15. sebelum balik sila sediakan gambar posing paling over sekali.

Itu dia, 15step yang diperlukan bila datang ke sini. hahhaah. no no, just kidding. Aku tak naik pun tingkat atas bangunan ni. sebab tak ramai orang kat atas. hahahahahahah, nampak dak penakut. kihkih. Tapi sampai jugak kat sini. dah posing bajet bajet pwincesss. hahah, nanti nk mai lagi dengan kak iera and syira. lepas balik tu ingat nak pi Cameron. hahahah. then tak jadi pi sebab mama ada keja. so balik terus. ajak kak iera lepak pulau, tapi dia keja lagi. so lepak autocity je lah, makan makan. then balik, lena, krohh krohhh. the end. hahahah.

Kalau pi dengan geng aku konfem gambaq penuh camera. habis filem camera. hahah. apapun, pi la sanaaa. shiokkkk! cantik canad sangat. kalau nak pi pakai la gaun ka, dress kembang kembang ala ala pwincess omputih gitu. kaler la rambut buh kaler gold ka silver ka. baru feel habis. hahah. till then murid murid. buoiiiii :*

When life gives you lemons, squirt someone in the eye

* nevermind i'll find someone which is definitely not like you. mihmih.
* nanti update pasal tour around smj. sila eksaited.
* masih berharap tentang karnixal. hahahah.