April 18, 2014

The day he marry me.


Assalamualaikum. semangat membuak nak update. Nak cerita pasal kawin ni. Ehem. Tanggal 2 November jam 3.45 petang aku sah bergelar isteri. omboi ayat nak ikut buku. Alhamdulillah semua dipermudahkan. berkat doa semua. Aku kawin time cuti midsem, pastu family aku cakap kenduri buat time cuti sem. Pastu kalut tu kalut ni, paksu aku suruh terus buat kenduri ja. giler tak sempat apa kot. Lagi satu pasal laki aku, dulu plan lain, pastu tiba tiba siap khemah, bawak angkatan siap, itu ini. Kecik kecik ja. keja pun dakg nk buat besaq besaq paa. elok gaya nak plan kenduri lain cuti sem tahun ni, aku pregnant pulak. Alhamdulillah rezeki Allah. pakai tunggu kenduri anak ja la nanti. hiks.

Macam mana bole kawin? u olssss, sapa takmau kawin. elok Lokman tanya nak kawin dak, laju ja ngaku. hahhaha tak malu betoi. Aku kawan dengan si Lokman ni dari form 6 kat smj dulu. kawan k kawan. serious. dulu aku menyampah gila kat dia masa lower six. ( ampun banggg). tu lah orang tua cakap, jangan meluat kat orang sangat. tak tentu lg orang yang kita dok sayang tu jodoh kita.

Tak lama aku bercinta. Enam bulan. lepas tu dia tanya mak aku bole dak nak kawin. senang betui keja dia. tapi sebab keja senang dia la mak aku bekenan. berani and terus terang. dah dapat greenlight tu terus dia pi ambik borang kawin dengan daftar kursus kawin. ok kesungguhan. kursus kawin dengan borang siap isi. mulanya letak tarikh time cuti raya haji. tuptup dia dapat utem, cuti tak lama. ubah tarikh la plak. alhamdulillah semua setel. heeeeee.

time kasih diucapkan kat semua yang banyak sangat tolong. penat wey kawin ni, ingat shok tera mana. hahahha. nak buat hiv, setel hantaran, setel orang, setel tu setel ni. tapi dah dipermudahkan semua. alhamdulillahh. tapi bab hiv tu bencana. serpih jarum tertinggal dalam jari. nasib tak nanah jari pengantin tauu. hahah. tapi semua okay. satu benda aku bebai. hari akad nikah tu, dah la tiba tiba imam awalkan masa. baju pun kat kedai lagi. last fitting pun dak lg. mekap saja lebih sejam. seriously, dia mekap ka dia menconteng arang dekat muka aku. giler bayaq mahai mahai mekap gitu. tiba tiba depa kata tuan kedai kena pi mana ntah, so anak buah dia yg mekapkan. apalah nasib diriku yang malang. pengantin lambat sampai masjid ok. hahha

Usaha lokman sangat dihargai. Youu, thanks sebab banyak berkorban untuk kite. thank sebab uruskan semuanya. daripada borang sampai ke akhir majlis. kite terharu. ok cakap sikit dah la, yang lain bole cakap kat rumah. paling best malam sebelum akad nikah abam abam utem kite sampai laa. lagi terharuuu. dari melakauu ke negeri kedah. ramai jugak la. siap tolong bukak meja kenduri. makan besaq la kami malam tu. meriah betui. pengantin pempuan siap lipat lengan baju masak kat belakang. seee? seeee? i know im a sweet girl. hahahaha. tak lupa tengkiu abang long - abang long jitra. member member lokman dari zaman sekolah. depa ni paling banyak tolong, khemah tu pakai serah kat depa. tuptup ada dah depan umah. dari awal sampai turun khemah la kiranya depa ni. sweet ok depa ni, bawak hadiah tau. emm emmm.

turut berterima kasih kawan kawan al-farabi, sapphire, and moralians. sanggup balik cuti awai sebab nak mai teman kitee. moralians from uum plak balik kampung lambat sbb nk mai teman kite jgak. elok aku sampai masjid, aku tengok muka sorang sorang, menitik ayaq mata cek oii. ramai kot mai tunggu. terharu ceq asa, emmm.

sebahagian abam utemsss. dah dah, semua ada awek dah. takyah tengok lama sangat.

exco pengurusan majlis. hahhaha. tenkiu weh

aku paksa depa beli baju ikut tema. aweks uum u olsss. pun semua dah berpunya. hahaha


masa tunggu tok imam ni gua rilek je. sebab bukan gua nak akad nikah, hahahah.

 ni muka menyesal nak kawin pun ada ni. hahahah. neves lettewww

kena sain lima helai na. sain pun dah jadi kot lain. nebessss. 





Alhamdulillah sekali lafaz. rilek plak laki aku ni. 
time ni, macam macam rasa hado. nak cancel pun ada. seram beb seram.
tapi bila tok imam kata sah ja, ayaq mata otometik keluaq. terharu dia sanggup ambik tanggungjawab untuk jaga aku, didik aku, lindung aku, sayang aku.
dialah syurga aku sekarang, syurga aku di tapak kaki dia.
bimbinglah aku, sayanglah aku, cintalah aku, kejar syurga bersama aku
terima kasih suamiku.


muka lega baq hanggg. aku kat belakang teriyak tak habih lagi. me is so pondan. 

sesi serah mas kawin dengan sarung cincin. time ni feeling dia lain macam.
malu Allah yang tau. 
depa tu kalau bole sepuluh kali ulang sbab nak ambik gmbaq
aku salam lokman lebih empat kali rasanya. isteri mithali katakan. LOL

tiba tiba ada suara request cium dahi. 
and we was like..... time ni la hampa nak pekena pun kan
tiga empat kali jugak la. siap ada marah marah tak sempat ambik gmbaq
aduhaii

dah jadi bini orang. pasu bunga atas kepala ye dik.
tak ada impian lain selain nak bahagiakan suami aku.
tak ada impian lain selain melahirkan pengikat cinta kami
tak ada impian lain selain nak membina keluarga yang berjaya dunia akhirat


semoga cinta ini tiada hujungnya.









aku tengok lokman memang dah letih gila petang tu. mau tak, sehari sbelum tu semua dia pi mai pi mai buat tu buat ni. Alhamdulillah. terima kasih pilih aku. terima kasih terima aku. terima kasih cintakan aku. 

lima hari lepas tu, my befdayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. omboi. haahah. maknanya aku kawin tak cukup 20 lagi. i ols kawin belasan ok. galak awai nohh. apapun, first birthday as a wife. walaupun baru lima hari.  





thank you husband for those memorable moments. dari kita mula kenal, sampai ke alam rumah tangga. you are my bestfriend, best boyfriend, and the best man of my life. so, be a bestfriend, best boyfriend, and the best man for our upcoming children, insyaAllah. Love you to the max!



"When talking about marriage, Allah says your spouses are garments for you. A garment may or may not fit perfectly—but either way, it covers imperfections, protects, and beautifies."



February 18, 2014

Hello New Life.



Assalamualaikum. Ni bukan takat sawang dah ni, siap berulat dah blog aku. Almost a year terabai. Taktau apa sebab mengabaikan. Okay dah masuk tahun 2014. Second month dah pun. pejam celik pejam celik dah capai wawasan 2020. LOL. K tak lawak. Aku pun dah ada hidup baru, lain dengan sebelum ni. sepatutnya semakin matang and realistik. okay okay, so rasanya aku stop cerita about 2013 since april last year kan. last sekali cerita befday kak pah kite yang mana belog dia pun boleh tahan berulat jugak skang. k aku buat rumusan dulu lah ye. nanti ada masa aku buat cerita bergambar sampai mata korang lebam.

Alhamdulillah 2013 banyak kenangan manis untuk aku. Banyak sangat sangat. Tahun 2013 jugak result STPM aku keluaq, dalam bulan tiga gitu. Alhamdulillah result bole laaaa kan. padanla dengan study yg macam....... petu result masuk u keluaq, Alhamdulillah, lambat sikit tapi dapat jugak. Aku kawin. ehem. hahahahahahahaha. then celebrate befday kiteee, fes time as a wife. pastu kakak plak tunang. penutup 2013 adalah honeymoon kat melakeee. apa pandang pandang, biaser la orang kawin. krik krik krik.



UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MORAL
Aku masuk sini jer. setengah jam daripada rumah jer. 
takyah gelak la pasal moral tu, minor aku sejarah, bole jadi cikgu sejarah. hahaha



AKAD NIKAH -  02112013
Officially married on this date. Everything went so well.



BIRTHDAY GIRL - 07112013
Sambut kat umah cik piah jer. five days after marriage 




ENGAGEMENT EIRA & AFNAN - 08122013
Okay aku langkah bendul skit
 finally kakak dah officially engaged dengan abg Afnan


setakat ni dulu. nanti kita kembangkan cerita okay. Happy new year (lambat). Byeeeeeeeeeeee :)


"HAPPINESS IS ONLY REAL WHEN SHARED"